Friday, March 11, 2011

Mimpian cheritera is Ain’t Fairytales ~

12.34 pagi…

Hujan renyai-renyai diluar..setiap titisan yang jatuh mengenai atap di atas tingkap kaca itu boleh didengar dengan jelas sekali kerana sunyi malam yang semakin memekat..ramai yang sudah tidur dan ada juga yang masih berjaga,berborak,bergelak ketawa..mungkin bercerita mengenai pengalaman seminggu yang telah berlalu..sudah menjadi kebiasaan masing-masing pabila tiba hujung minggu..hujung minggu yang dinanti-nantikan..lari dari segala kerja, lari dari lecture yang membebel kerana due date assignment ,lari dari assignment yang menimbun, lari dari segala-galanya…berehat dan berseronok..hanya itu yang berada di minda masing-masing barangkali..yalah..mereka hanyalah belasan tahun..tidak adil sekiranya mereka memikirkan yang berat-berat seperti politik, ekonomi dunia dan masalah Negara..tugas mereka hanyalah untuk menyerap segala apa yang diajar untuk menempuh apa yang dinamakan sebagai PEPERIKSAAN..yang mana akan menentukan hala tuju hidup masing-masing..

********************

Tapi bukan itu yang aku ingin ceritakan..cerita ini bukanlah mengenai masalah politik yang mengjengkelkan parti-parti ,bukanlah masalah keluarga yang punah-ranah yang merosakkan generasi, bukanlah masalah ekonomi yang semakin menyakitkan kepala para bapa dan bukanlah masalah dunia yang akan musnah pada masa akan datang.. Bukan! tidak sama sekali..ini hanyalah masalah yang mana mungkin juga penah berlaku didalam setiap hidup seorang insan yang bergelar wanita..ya..seorang wanita yang masih belum cukup usianya yang dianugerahkan oleh Allah S.W.T dengan segala keindahan,kecantikan..lemah lembutnya,sopan santun dan nilai-nilai keibuan.. Namun apabila seorang  gadis itu menjejakkan kakinya kealam dewasa dia pasti akan menemui satu perkara..iaitu Cinta..

Mungkin kita tidak boleh mendefinasikan perkataan cinta itu bagi tahap umurnya kerana bukan pada waktunya untuk dia berfiikir dan memikir kearah itu..dia terlalu muda..padanya cinta adalah perasaan yang hadir dalam hati sanubarinya apabila dia merindui seseorang, perasaan ingin memiliki dan dimiliki,dikasihi,disayangi dan menyayangi,dirindui dan merindui,diambil berat,perasaan cemburu,perasaan selamat,malu apabila bertentang mata tapi bila berjauhan sangat merindui masa-masa itu..sangat merindui..setiap masa..

Gadis ini hanyalah gadis biasa, yang datang dari keluarga yang biasa, latar belakang yang biasa, pelajaranya pun biasa..berkawan dengan orang-orang yang biasa,hidup yang biasa, rupa paras yang biasa..mungkin dia tidak pernah menyangka yang satu hari nanti hidupnya tidak mungkin menjadi seperti biasa lagi..apabila hadir satu perasaan yang mungkin akan menyebabkan dia tidak akan menjalani hidupnya seperti kebiasaanya..setiap hari merindui..dia telah memilih satu jalan hidup yang mengubah dirinya selama-lamanya..

********************

Peranan aku hanyalah ingin mencoretkan sedikit kisah hidupnya kerana bagi aku dia umpama seorang gadis yang sesat dalam dunianya sendiri, lemas dalam hidupnya sendiri, terkapai-kapai mencari senafas udara untuk meneruskan hidup..gadis ini sebenarnya bagiku adalah sangat kasihan..tetapi dia sendiri yang memillih jalan hidupnya untuk menderita..umpama penyakit yang memakan diri dari dalam…

No comments:

Post a Comment