12.15 am..
Sudah lama aku tidak menyambung kesinambungan cerita ku ini..aku hanya mencari mood dan masa..dengan masa yang semakin mencemburui aku,aku hanya boleh mencuri sedikit dikala malam semakin memekat..dicuping telinga ku masih lagi kedengaran gelak ketawa yang masih bersisa dikalangan rakan-rakan ku yang sedang masih menimba ilmu di saat-saat akhir,mungkin mencari sedikit tuah di akhir masa ini..aku…? aku masih lagi sedang menghabiskan sisa-sisa nota yang sudah buruk rupa kerana sering dilipat dan dibawa kemana-mana..aku ingin sekali menjadi seperti orang lain,sekali melihat terus melekat di otak yang belum penuh..tapi setiap orang mempunyai kaedahnya yang masing-masing,betulkan..yang penting aku masih lagi mempunyai niat dihati untuk meneruskan pelajaran ku walaupun sukar,perit dan jerih sekali..kadang-kala ingin sekali aku berputus harap kerana laluan yang ku pilih terasa sukar sekali..tetapi kugagahinya jua kerana terfikirkan pengorbanan kedua ibu bapa ku..terutama bapa ku..abah..aku rasakan bahawa semua anak gadis akan rapat dengan ibunya,begitu jua aku..mestinya anak perempuan akan rapat dengan ibu kerana akan senang untuk berkongsi masalah tidak kira dalaman dan luaran..aku seperti tidak pernah rapat dengan abahku kerana dunia beliau hanya akan di isi dengan kerja..mencari rezeki..aku seperti memahami keadaanya,sedari kecil lagi sebenarnya..mungkin juga kerana ku anak perempuan dan sulung dalam keluarga itu..aku bukanlah seperti anak perempuan sulung yang lain,yang akan dilimpahi dengan kemewahan dan kemanjaan..tidak..aku tidak seperti itu..aku seperti anak lelaki sulung,yang mak aku harapkan apabila bapaku tidak berada di rumah..aku bukanlah dilahirkan dalam keadaan keluarga yang senang lenang,dilempahkan dengan segala kemewahan dunia..bapaku hanya mampu mencari rezeki sampai ditahap itu sahaja..dan aku bersyukur kerana aku pastinya tidak akan pernah berasa tamak,dan mementingkan diri sendiri.. Alhamdulillah.. setiap orang pastinya akan merasa bahawa bapa mereka adalah yang terhebat dan terbaik..begitu jua aku.. bergenang jua air mataku malam ini,ku tahan..ku tahan lagi..tak..tak sanggup menahan..sedih,sebak,sayu..jikalau aku coretkan setiap satu pengorbanannya sudah pasti aku akan melelapkan mata tidur dengan mengalirkan air mata..pastinya kalian pun sebegitu jua….
ABAH..dulu abah boleh dikatakan cerah kulitnya tetapi sekarang gelap..semakin perit dimakan ari..kusam dan kering..kalau abah tengah drive mesti dayah akan duduk belakang seat abah..dari belakang dayah boleh nampak tangan abah gelap,makin kurus..kasar..banyak kerja..kerja sebagai pemandu ni mesti letihkan..kalau abah letih mesti abah akan diamkan diri..senyap..tidak banyak cakap,kalau macam tu mesti abah tengah letih sangatkan..tak apa..dayah paham..paham sangat.. dulu abah tak merokok sebab dayah masa kecil asma,selalu masuk hospital..abah berhenti merokok sebab sayangkan dayahkan..tetapi sekarang abah merokok balik..entah kenapa..mesti sebab abah stress dan penatkan..dulu abah berhenti merokok lama..17 tahun abah tak sentuh rokok tu..tapi tak apa lah abah,kalau tu yang dapat tenangkan ati abah..kalau abah batuk dayah boleh ambilkan ubat batuk..dayah paham..paham sangat..dayah dah besar,dah tak selalu sakit.. abah sangat suka minum kopi..kalau dirumah pasti abah akan minta dayah buatkan kopi..tak kira masa..kalau abah penat lepas berkebun kat belakang rumah kita mesti abah akan minta air kopi panas,sedangkan hari panas waktu tu..abah cakap ais tu tak elok untuk kesihatan kita..biarlah air kopi panas ni yang hilangkan dahaga abah ni..tak apa abah,dayah paham dah kenapa ais tu tak baik untuk kesihatan kita..dayah paham abah..paham sangat..
Abah pernah cerita kalau abah tengah kerja walaupun panas,hujan dan sebagainya abah tetap kena kerja..kerja abah bukan seperti bapa orang lain..duduk di dalam aircond 8 jam sehari..abah bukan lah seorang yang berpangkat tinggi boleh menjawat jawatan yang tinggi..yang kerjanya selama 30 hari boleh mendapat 2-30 ribu..tidak lansung..keringatnya selama 30 hari belum dapat hendak menampung kehidupan kami sekeluarga..sedih kadang kala mengingatkan yang mak bersungut kerana tidak seperti isteri orang lain,boleh berbelanja..membeli semua,itu,ini..aku hanya mendengar..abah pula tenang je,katanya InsyaAllah..ada rezeki kita nanti..dan sekarang mak dah boleh senyum perlahan..Alhamdulillah..tapi mak bukanlah tidak bersyukur tetapi sudah namanya perempuan dan fitrahnya..menginginkan sesuatu yang cantik dan hendakkan itu dan ini..jikalau mak seorang yang tidak bersyukur pastinya beliau tidak akan bertahan sehingga kini..mak sangat menyayangi abah..aku tahu tu..aku ini anak mereka..kan mak kan..abah kata pernah dia basah kuyup kerana menghantar kereta ke show room,bukannya dekat dan perlu berulang alik sebabnya tempat itu jauh dan hanya untuk kenderaan kecil..abah juga pernah menahan lapar sebab menunggu gaji yang lambat,mengikat perut orang tua itu..perit tekak ku menelan makanan kalau mengingatkannya..kadang kala kalau abah cuti dan berada di rumah,malam-malam abah seperti tidak boleh tidur kerana sudah menjadi kebiasaan abah bekerja di malam hari..sebak dadaku memikirkannya..bayangkan abah hanya tidur kadang kala 2 3 jam sehari..mampu kah kalau tidak ada semangat didalam hatinya untuk mencari rezeki.. setakat ini aku sangat bersyukur kerana abah tidak pernah ditimpa kemalangan.. Nauzubillah…aku memohon dariMu ya Allah..Kau jauhilah segala musibah darinya..Amin.. abah adalah tonggak dalam keluarga..takut untuk memikirkan apabila abah sudah tiada nanti..ya Allah..Kau panjangkanlah umurnya.. Abah..semakin kurus kalau aku amati..penat..umurnya sudah menjangkau lewat 40 an..aku rasa bukan pada peringkat umurnya untuk memerah keringat yang masih bersisa..pada waktu-waktu ini usia nya hanyalah untuk berada di rumah,meluangkan masa bersama keluarga mendekatkan diri kepadaNya..tetapi..dikerahkan jua keringatnya supaya dapat memberikan kehidupan yang lebih baik kepada kami..Amin..
Sekarang abah dah mampu untuk memberikan segala kemahuan kami..walaupun tidak banyak tetapi aku tetap bersyukur..abah dah boleh menarik nafas lega sekarang..sekurang-kurangnya tidak kesempitan lagi..bahkan abah dah mampu untuk menolong orang lain..tak apa abah..dayah dah sangat bersyukur sekarang ini..tadi pun abah dah mesej dayah bertanyakan cukup tidak duit yang abah masukkan dulu..cukup abah..lebih dari cukup sebenarnya..biarlah dayah berasa perit untuk mendapatkannya dari berasa senang..benda itu akan mengajar dayah sebenarnya.. kalaulah abah tahu..dayah sangat sayangkan abah walaupun tidak dapat terucap melalui kata-kata..dan dayah pun tahu yang abah sayangkan dayah walaupun abah jarang ucapkannya.. abah..dayah rindukan abah..