Thursday, March 17, 2011

Mimpian Cheritera is Ain’t Fairytales~ (3)


2.10 pm...

Aku akui..menulis memerlukan kesabaran yang tinggi kerana memerlukan masa dan komitmen..memerlukan segala perhatian kepadanya..tapi ada satu perkara yang sangat baik melalui penulisan ini kerana seseorang itu akan dapat untuk menceritakan segala perasaanya tanpa dibantah..atas pilihan masing-masing kerana setiap insan mempunyai haknya..aku hanya ingin mencoretkan kisah ini..bukan sebagai aku..tapi sebagai diri yang hanya memerhati dari tepi..

**********************

Tidak pernah gadis itu berfikir mengenainya..hanya Allah S.W.T sahaja yang mengetahui apa yang akan berlaku..kita hanya sebagai manusia boleh merancang dan memikirkan yang selanjutnya… Tanpa disedari gurauan itu akan menjadi satu kenyataan yang akan sentiasa akan mengikutinya setiap masa,detik dan waktu..sakit sekali kerana dengan hanya memikirkannya akan membuatkan dirinya sentiasa berasa hiba.. Gadis itu sebenarnya hanyut dalam perasaannya sendiri kerana sebelum ini dia tidak pernah mengambil berat akan hal ini kerana dirasakan seperti perasaannya yang sebelum-sebelum ini yang tidak pernah ada erti serius..

Sering bertentangan mata..tidak..dia tidak seperti gadis-gadis biasa yang akan malu apabila ditegur,menyembunyikan kemerahan di pipinya..mengalihkan pandanganya jauh..tidak sama sekali..dia umpama seorang gadis yang tidak pernah takut untuk mencuba,tidak pernah mengerti perasaan ragu-ragu,keyakinan dirinya kadang kala melampaui untuk dibandingkan dengan gadis seusianya..bagi dirinya perasaan itu menebal dalam dirinya..berani dalam segalanya..tapi disebalik keceriaan itu tersembunyi satu peraasan yang tidak mungkin boleh diungkai oleh dirinya sendiri..perasaan sayang yang tiba-tiba muncul..benih perasaan yang semakin menebal..tidak diundang..tidak pernah terfikir olehnya..

“hurmm..sx pandang bole tahan ugk mamat neh kn.. :p ”

“ntah larhh..bole larhh kot..tapi bapak matched kn..”

“hehe..yekot tp kn…”

Tanpa gadis itu sedari dia telah mula untuk membenarkan perasaan itu semakin menyubur dalam hatinya tanpa diketahui akibat yang akan mengundang dirinya ke lembah penderitaan..menyakitkan sekali seperti sembilu yang mengilukan tertusuk ke dalam diri..tanpa mengetahuinya dia membenarkan perasaan itu keran dia merasakan dirinya kan dapat bertahan..tetapi..tidak..dia terlalu hanyut..hanyut dalam perasaannya sendiri..tidak bisa untuk menolak perasaan sayang itu.. 

Dengan hanya bermula dengan gurauan rakan-rakan mereka..tanpa diketahui oleh ramai..dalam hati gadis itu telah tertunas satu perasaan sayang,ingin dicintai,ingin disayangi,perasaan cemburu,merindui dan ingin diambil beratkan..apakah lelaki itu merasai perasaan yang sama..entahlah kerana kita tidak boleh untuk menilai peraasan orang lain..entah masa bilakah gadis ini telah jatuh cinta..cinta..?? betulkah perasaan yang dialaminya itu..sungguh gadis itu sangat merindui saat-saat itu..

********************

Bolehkah gadis itu mencapai kebahgiaanya..tidak sesiapa pun akan mengetahuinya..menanti dan terus menanti..

No comments:

Post a Comment